Bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020, Elly Mazlein tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripada. Menurut Elly, sikap matang yang ditunjukkan membuatkannya tertarik dan terbuka untuk menerima jejaka itu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Kata Elly lagi, kekasihnya itu juga pandai mengambil hati keluarganya terutama sekali anak tunggalnya, malah, bapanya sangat menyenangi sikap jejaka tersebut.
BACA: Elly Mazlein Bakal Kahwin Tahun 2020?
“Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati.
“Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia,” katanya kepada Astro Gempak.
Masih berahsia mengenai identiti jejaka tersebut, Elly berkata dia akan mendedahkan gerangan kekasihnya apabila tiba masanya nanti. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia dan bakal suami akan mengadakan lima majlis di hari bahagia mereka.
“Saya nak berterima kasih pada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti.
“Ia akan dimulai dengan upacara merisik dalam masa terdekat, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak,” katanya.