Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih, Elly Mazlein memberitahu kemungkinan besar dia bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020.

Tambahnya lagi, anaknya Sephia yang begitu rapat bersama ‘papa’ nya itu membuatkan Elly mengambil keputusan untuk lebih serius. Malah, kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan mereka.


BACA: “Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami, Sebelum Ini Tak Pernah Rasa”

“Kami ada berbincang ke arah itu, kalau boleh saya pun nak cepat sebab benda baikkan? Tapi mungkin ianya boleh direalisasikan pada tahun 2020.

“Restu ibu bapa paling penting, semua orang pernah buat silap. Alhamdulillah kini saya lebih bahagia apabila bapa saya sendiri merestui untuk kami berkawan dan saling mengenali begitu juga dengan keluarganya di Kelantan,”katanya kepada Rotikaya.



Katanya lagi, sifat matang dan tanggungjawab yang ditunjukkan membuatkan Elly tertarik dan terbuka untuk menerima kekasih hatinya itu meskipun jurang perbezaan umur di antara mereka hampir 10 tahun.

“Walaupun umur beza 10 tahun dengan dia, akan tetapi sifat kematangan yang ditunjukkan membuatkan saya terpikat. Dia tunjuk betul-betul yang dia nak jaga saya dan keluarga, seperti menunjukkan ciri-ciri sebagai ketua keluarga.

“Dia dah sedia beli rumah, jadi saya rasa sangat bahagia, dengan usaha yang cuba ditunjukkan. Saya rasa sangat dihargai,” katanya yang kini melalui detik-detik bahagia,” katanya. (rtky/h)