Penyanyi Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya.

BACA: Wajah Anak Iras Bekas Suami, Ini Respon Elly Mazlein


Jelasnya lagi, dengan kehadiran jejaka tersebut, Sefhia kini dapat merasai kasih sayang seorang bapa seperti mana kanak-kanak lain yang seusia dengannya.


“Sefhia sangat menyayangi ‘teman’ baharu saya yang dia panggil papa. Apa yang boleh saya cakap, kami berkawan dan kalau Sefhia selesa dan saya pun serasi bersamanya, InsyaAllah (akan bawa ke fasa baharu). Dia pun tahu kisah saya, semua orang pun tahu.

“Apa yang saya tengok dia suka budak-budak dan amat menyayangi Sefhia. Anak saya pun hari-hari akan bertanya di mana papa dia. Dengan dia, Sefhia baru dapat rasa kasih sayang seorang bapa”



“Hati saya berbunga bila tengok dia rapat dengan anak saya sebab yang penting bagi saya adalah untuk membahagiakan Sefhia,” katanya yang ditemui pada malam Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini. (rtky/s)