fbpx

Elly Mazlein Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Mohamad Azlan, 29, tengah hari tadi.

Majlis pertunangan itu berlangsung dengan meriah di Putra World Trade Center (PWTC) dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga dan tetamu terdekat.

BACA: Bakal Suami Hadiahkan Kondo Buat Elly Mazlein

Elly manis mengenakan persalinan rona hijau pastel menerima sebentuk cincin serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Dalam pada itu, Elly meluahkan rasa syukur majlis pertunangannya berjalan dengan lancar. Elly turut meminta peminatnya mendoakan agar selepas ini urusan perkahwinannya akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya berasa terharu melihat wajah-wajah kesayangan yang hadir pada hari berbahagia ini.

“Doakan agar segala urusan perkahwinan saya dipermudahkan Insya-Allah,” katanya kepada Astro Gempak.

Elly bakal dijabkabulkan dengan Azlan pada 17 Januari 2020 dan akan mengadakan majlis berinai, majlis resepsi serta majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan.

Masih belum berkongsikan wajah tunangnya, Elly berkata dia akan mendedahkan identiti bakal suaminya pada majlis berinai kelak.