Bakal Suami Hadiahkan Kondo Buat Elly Mazlein
Bakal bertunang dijangka bulan ini, Elly Mazlein terharu apabila bakal suaminya menghadiahkan sebuah kondominium sebagai hadiah pertunangan mereka. Elly turut berkongsikan kegembiraan itu dalam satu video yang dimuat naik di Instagram.
Elly memberitahu dia sangat terharu melihat kesungguhan bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan itu serta layanan baiknya terhadap anak tunggalnya. Bagaimanapun, Elly berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendiami rumah tersebut.
BACA: Elly Mazlein, Kekasih Bertunang Disember Ini
“Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.
“Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.
“Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.
“Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Elly berkata dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya menerusi menerusi saluran YouTube miliknya dalam masa terdekat. Ujarnya lagi, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
- SUMBER
- BH Online
Amboi sakan cik elly memuji.jgn over sgt ye.tkut merana nnti.
Cash ke loan bank beli kondo tu?!
Alhamdulillah..moga terus bahagia..
Mcm laki aku..dia hadiahkan aku kondo..tapi bulan2 aku yg kena bayar..dia beli kondo buat hadiah tunang cuma bayar deposit dan bust urusan beli jer..lepas kahwin bulan2 aku byr.bodoh nya aku.
kesian kau sabar ekk… tp jgn la kau jd lesbian..jgn buat kelakar okeh
Alhamdulillah.semoga bhgia selalu kak,hinhga akhir hayat.inshaAllah ,amin