fbpx

Elly Mazlein Sedang Kenali Hati Budi Seseorang

Pernah menyatakan kesediaan beliau untuk bercinta semula sebelum ini, seolah memberikan bayangan bahawa hati Elly Mazlein kini sudah dipetik orang. Malah Elly sendiri mengakui bahawa dirinya kini sedang mengenali seorang lelaki, namun apabila mengenangkan pengalaman pahit dulu, Elly enggan terlalu memikirkan perkara tersebut.

BACA: Elly Mazlein Urus Aqiqah Anak Seorang Diri

“Ya, memang ada lelaki hadir dalam hidup saya kini tapi tak perlulah dikecohkan. Buat malu saja. Tak kiralah dari mana datangnya lelaki itu, apa pekerjaan dan status dirinya, saya tidak akan menjadikan perkara remeh temeh itu sebagai keutamaan dalam hubungan mendatang”

“Kalau orang kata harta dan wang ringgit itu penting untuk menjayakan perkahwinan yang bakal dibina, tapi saya pula memilih kejujuran dan kesetiaan. Hanya lelaki jujur dan setia saja yang layak menerima cinta saya. Cukuplah kealpaan saya menerusi perkahwinan terdahulu, saya dah tak nak macam itu lagi,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Tidak mahu mengundang spekulasi berlebihan, Elly memilih untuk tidak mendedahkan identiti jejak berkenaan kepada umum pada ketika ini. Mungkin juga hubungan tersebut masih baru, jadi Elly enggan pihak menjaja cerita yang bukan-bukan. Apapun semoga Elly meneruskan kehidupan dengan tabah, jika ada jodoh pasti tidak ke mana. (rtky/w)