fbpx

Elly Mazlein Rancang Lima Majlis Kahwin

Teruja membuat persiapan perkahwinan, Elly Mazlein meluahkan rasa terharu apabila bakal keluarga mertua merancang untuk mengadakan lima majlis perkahwinan termasuk merisik yang bakal disempurnakan dalam masa terdekat.

BACA: Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

“Saya tiada masalah memenuhi permintaan bakal suami dan keluarganya. Memandangkan teman lelaki masih bujang, jadi keluarga mencadangkan supaya majlis kami berjalan mengikut adat”

“Saya terharu kerana keluarganya bersungguh mahu menghantar cincin merisik, sebelum kami bertunang. Mengikut perancangan, kami bertunang sebulan, disusuli malam berinai, majlis pernikahan dan kenduri sambut tetamu”

Enggan memberikan bayangan bila bakal mengikat tali pertunangan, Elly menjelaskan segala perincian mengenai majlis-majlisnya hanya akan dikongsikan didalam sidang media khas yang akan diadakan sehingga diberitahu kemudian.

“Segala perincian mengenai hari bahagia kami hanya akan dikongsi pada sidang media khas selepas kami bertunang. Apa yang boleh saya katakan, majlis pernikahan kami akan berlangsung sebulan selepas kami bertunang”

“Majlis pertunangan pula hanya akan dibuat selepas selesai komitmen saya bersama ABPBH 32. Alhamdulillah, pelbagai rezeki datang ketika saya mahu mendirikan masjid. Semuanya bagai tersusun dengan cantik,” katanya.

Meriah habis majlis perkahwinan Kak Lina Pom Pom yang bakal diadakan, sehingga lima majlis. Apapun tahniah diucapkan buat Elly diatas khabar berita gembira ini, semoga segala urusan majlis permudahkan. (rtky/w)