fbpx

Elly Mazlein Nekad Dedah Sikap Buruk Bekas Suami

Bukan sahaja diceraikan oleh bekas suami ketika usia kandungan lima bulan, malah terpaksa memandu kereta sendirian tanpa bantuan sesiapa ketika sedang menahan kesakitan hendak bersalin untuk ke hospital. Itulah antara perkongsian Elly Mazlein menerusi portal m Star Online mengenai penderitaannya yang berkahwin dengan seorang suami yang tidak bertanggungjawab.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Elly Mazlein Akui Menyesal Berkahwin

“Seminggu di hospital Naluri tu terus bekas laki mengaku bercinta dengan Fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di hospital Naluri nasib baik tidak meroyan, anak sakit kuning pun bapa tidak ambil peduli. Dalam berpantang saya diugut akan disaman oleh Fake. Dalam berpantang saya tengok Fake nangis-nangis dalam TV kononnya dia dianiaya. Hmmm manusia ini”

“Assalammualaikum terima kasih semua, bagi saya semangat, bagi saya kekuatan insyaAllah saya akan jaga anak saya dengan baik terus bagi kekuatan buat saya. Terima kasih,” luahnya dalam satu rakaman bertajuk ‘Terima Kasih Semua’ yang dimuat naik di laman sosial beliau dengan nada menangis di atas segala perbuatan yang dilakukan oleh bekas suami.

Bukan itu sahaja, malah menurut Elly hanya selepas melahirkan anak perempuan pertama mereka, Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu, barulah bekas suaminya mengaku bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Faye. Keadaan bertambah sedih lagi apabila semasa anaknya terkena demam kuning, Azmi langsung tidak datang menjenguk anaknya yang sakit.

Pendedahan itu turut mengundang kemarahan orang ramai yang bengang dengan sikap Faye yang dianggap menjadi punca keruntuhan rumah tangga Elly. Sementara itu Elly yang serik dengan sikap bekas suami telah mengambil keputusan untuk berusaha mendapatkan tuntutan nafkah bagi anak pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah daerah Sepang pada hari esok. (rkty/w)