fbpx

Elly Mazlein Luah Rasa Bahagia Bapa Sayang Suami Baru

Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya Elly Mazlein selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Azlan pada Sabtu lalu. Apa yang pasti jelas terpacar kegembiraan dan kebahgiaan di wajah Elly.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah yang merestui perkahwinannya. Ellu turut meluahkan rasa bahagia melihat bapanya sayang akan suaminya.

BACA: Cikgu Azlan Akui Terpikat Dengan Kelembutan Elly Mazlein

“Abah tercinta, terima kasih abah. Kita nampak betapa sayangnya abah dekat suami kita,” corenya di Instagram hari ini.

“Kita bahagia sangat tengok abah, bersembang, ketawa, tunggu menantu balik sekolah untuk makan sekali, cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu, bagi hadiah dan paling kita gembira bila abah selalu nasihat jaga suami baik-baik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elly turut berjanji akan menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat serta berterima kasih di atas segala kasih sayang yang dicurahkan kepadanya sejak dia dilahirkan ke dunia sehingga kini.

“Wahai abah, terima kasih atas segala yang abah curahkan kepada kita dari bayi hingga sekarang.

“Alhamdullilah sekarang kita sudah ada suami, insya Allah menantu dan kita akan jaga abah sampai bila-bila ya. Kita sayang abah,” katanya.