Cikgu Azlan Akui Terpikat Dengan Kelembutan Elly Mazlein
Hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya Elly Mazlein selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Azlan pada Sabtu lalu. Apa yang pasti jelas terpacar kegembiraan dan kebahgiaan di wajah Elly.
Dalam pada itu, suaminya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azlan mengakui dirinya terpikat dengan kelembutan Elly dan menyifatkan dia lelaki paling bertuah kerana memiliki Elly.
BACA: “Sebak Sebab Akhirnya Bertemu Insan Yang Tahu Menjaga Hati”
“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa. Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya.
Dalam pada itu, Azlan berkata dia tidak akan menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini kerana dia percaya Elly tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri.
“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon. Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia,4, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.
- SUMBER
- Astro Gempak
Baru kawin terpikat la, terlesona la apa lah. Besok duit dapur ko x kasi satu Msia dpt tahu. Lps tu tuduh bini nusyuz ..,
Artis kan?
Saya pun terpesona MB mu naik Mercedes. Timbalan 50k alaun jom berhusnuzun. Takbirrr!
abe itu lah keidahan wanita isle.
Semuga berkekalan.
Isle isle isle .. tudung mano?
Biasalh. Rezeki mesti cari sesma. Klau tak..rmhtangga berantakan…lenlah klau suami kau kontraktor jutaan rgt dpt setahun. Tpi muka lki hitamlh..rmbut cpt ubnlh memikirkn tender hari2 dpt ke x dpt.
Mkn gji kalo..muka nmpk berseri aircond
55 tahun cikgu pencen happily ever after. Kontraktor kelas A pun blom tentu dpt tido lena lps 55.
Jadi, jgn kira harta atau pendptn org. yg penting pendptn kita dtg dari sumber halal dan hidup berkat.