Pelakon Ellie Suriaty memberi tempoh kepada pempengaruh Imran Bard sehingga sambutan Hari Raya untuk bersemuka membuat permohonan maaf kepadanya susulan tindakannya mencemarkan imej aktres itu.
Memetik mStar Online, Ellie berkata dia tidak akan berdiam diri dan akan menyerahkan isu tersebut kepada pihak sepatutnya jika tiada permohonan maaf dibuat.
BACA: Imran Bard Menyesal, Minta Maaf Kepada Ellie Suriaty
“Sepatutnya dia jumpa saya sebelum bulan puasa lagi. Tapi dia kata dia berada di kampung. Jadi saya bagi tempoh hingga hari raya nanti untuk dia datang jumpa saya. Kalau dia berdegil juga, saya serahkan kepada Persatuan Seniman Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Dalam hal saya ini ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej yang menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain,” katanya.
Sementara itu, Ellie turut menolak permintaan Imran yang mahu bertemu dengannya secara tertutup dan menasihatkan tentang adab meminta maaf yang tidak sepatutnya dilakukan melalui telefon.
“Dalam mesej saya terima dia mahu jumpa saya secara tertutup tapi balasan saya ialah permohonan maaf boleh dilakukan mengikut syarat saya.
“Agama Islam tak mengajar kita minta maaf melalui telefon. Kalau nak minta maaf, kena datang jumpa orang yang kita sudah sakitkan hatinya. Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam,” katanya.
SUMBER: mStar Online