Akur Perintah Suami, Ellie Suriaty Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin
Sebelum ini lantang menyuarakan pendapat serta menyokong anak-anak tidak mengambil vaksin, pelakon Ellie Suriaty akhirnya mengakui sudah pun mendapatkan dua dos suntikan akhir tahun lalu.
Menurut Ellie dia bersetuju untuk mengambil vaksin disebabkan akur perintah suami yang juga pelakon Azri Iskandar.
BACA: Tak Kisah Ellie Suriaty Sokong Najib, Mamat Khalid Beri Peluang Berlakon
“Saya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi jenis Sinovac. Dos pertama diambil pada penghujung Oktober dan seterusnya, suntikan kedua pada November, tahun lalu.
“Suami memberi tempoh selama dua tahun untuk berpegang pendirian tidak menerima suntikan vaksinasi COVID-19, namun, akhirnya, saya akur perintah suami,” katanya.
Menafikan dirinya seorang antivaksin seperti yang didakwa Ellie berkata dia hanya memerlukan masa untuk membuat kajian sebelum mengambil apa-apa suntikan.
“Jika saya antivaksin, saya tak ambil suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan polio. Lagipun, saya mempersoalkan ketika tempoh kajian penghasilan vaksin terlalu cepat berbanding vaksin lain.
“Kita ada cara tersendiri mencegah diri daripada pandemik COVID-19. Sepanjang belum melengkapkan dua dos vaksinasi, saya menitik berat langkah pencegahan agar tidak dijangkiti,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai anak-anaknya yang enggan mengambil vaksin, Ellie berkata dia menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan.
“Mengenai keputusan anak-anak, saya memberi pilihan dan tiada sebarang paksaan. Terserah kepada mereka membuat keputusan,” katanya.
Terdahulu, Ellie dan dua cahaya mata berusia 17 dan 12 tahun enggan menerima suntikan vaksinasi COVID-19. Bagaimanapun, suaminya Azri Iskandar mengakui terpaksa berbohong dan secara senyap-senyap sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin atas alasan tuntutan kerja.
- SUMBER
- BH Online
Diamlah mak lampir..
Job job job
Tahniah lah Ellie.
Harap-harap bukan certificate vaksin beli….
Ghisaauuuu kadang kadang Malaysia ni.
Antivax boleh beli lesen Mysejahtera.
Rita Broken Records je sekarang ni belum sedar dari sewel nya.
alhamdulillah..terbaikk
Terbaik! Tahniah Ellie!
Pi mampos ler ko langsuir nyampah tengok muka ko .. Sian azry baby terkepit gan psiko tua mcm ko
Si jnda artis tu asik meroyan dn byk masa mereply komen, sian dia nobody nk dgr ckp. Muka ada, hidung ada, tpi ” semcm” mulut, kalah arwah neng yat..!!! Punya leteran.
Wekkkkkk… janda ti gila.
Bekas Laki dia dah dapat baby baru dengan Zareema.
Mati menjanda la tu karang
Rita Spender Bila lagi …
Its ok Ellie..Allah knows your niat..hopefully terhindar dr apa yg kita2 ni fikirkan…ape2 pun Allah swt maha menentukan segalanya…
Alhamdulillah. Walau apapun alasan, Atas apapun sebab, sekurang-kurangnya beliau ada kesedaran untuk meletakkan ke tepi pendiriannya sebelum ini. Syukur la. Yang penting kita ikut apa yang Kerajaan arahkan demi kebaikan bersama. Ajal maut memang telah tertulis dari sebelum kita lahir lagi. Mati itu pasti. Suntik vaksin bukan untuk menolak kematian, tetapi hanyalah ikhtiar kita sebagai hambaNya mempertahankan diri daripada virus yang sedang berleluasa pada masa kini. Yang lain-lain kita serahkan kepada Allah SWT.