fbpx

Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Berdebar Tunggu Keputusan

Sekian lama merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) setelah beberapa kali tertangguh kerana urusan kerja akhirnya Siti Elizad menjalani suntikan pertama untuk rawatan tersebut beberapa minggu lalu.

Berkongsikan perkembangan terbaru, menerusi Instagram Elizad memaklumkan dia baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’. Elizad turut berkongsikan eberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk para peminatnya.

BACA: Siti Elizad Jalani Rawatan IVF, Mohon Urusan Dipermudahkan

Meluahkan rasa syukur segala proses berjalan dengan lancar, Elizad turut memohon orang ramai mendoakan agar usahanya untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan serta diberikan rezeki anak. Katanya lagi, dia berdebar untuk menunggu keputusan.

“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.

“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah,” katanya.

Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar usaha Elizad untuk mendapatkan zuriat akan dipermudahkan.