fbpx

Elizad Dikritik Kongsi Rawatan IVF, Netizen Suruh Banyakkan Ibadah

Sering berkongsikan proses perjalanan dan pengalamannya menjalanai rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), bagaiamanapun perkongsian pelakon Siti Elizad itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah, ada yang menasihatinya supaya memperbanyakkan lagi ibadah untuk mendapatkan anak. Tampil mempertahankan dirinya, Elizad berkata tidak perlu berkongsikan soal ibadah kerana ia adalah rahsianya dengan Allah.

BACA: Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Berdebar Tunggu Keputusan

“Ada juga segelintir yang cakap kena bangun malam, banyakkan solat, sedekah dan sebagainya baru dapat anak. Cara anda komen seolah-olah macam mengenali saya luar dan dalam.

“Macam inilah, rasanya tak perlu saya upload tentang doa atas sejadah, bangun malam tahajjud, dhuha, bersedekah kepada orang, mengaji dan sebagainya. Apa yang kami lakukan suaminya biarlah rahsia antara kami dengan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Elizad turut berterima kasih kepada mereka yang meninggalkan komen baik tanpa menilai dirinya. Ujarnya lagi, dia menyerahkan segala takdir kepada Allah dan tidak akan putus berdoa agar dikurniakan cahaya mata.

“Apa pun terima kasih buat mereka yang memberi komen baik kepada saya tanpa perlu menilai. Saya doakan juga untuk para isteri yang senasib macam saya supaya kita sama-sama punya rezeki,” tulisnya.