fbpx

Selepas tular gambar perkahwinannya, ramai lelaki patah hati apabila pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Siew Jim.

Bagaimanapun, Elizabeth meluahkan rasa sedih apabila hilang beratus pengikut di Instagram setiap hari selepas dia mendedahkan sudah berkahwin pada 20 Mac lalu.

BACA: 2 Minggu Kahwin, Peminat Nampak Baby Bump Elizabeth Tan?

“Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus ‘unfollow’ setiap hari disebabkan saya berkahwin.

“Saya tak sangka ugutan peminat untuk ‘unfollow’ saya dalam IG adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia dan suami tinggal berasingan memandangkan mereka belum bersedia tinggal berjauhan dengan ibu masing-masing.

“Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya.

“Dari awal perkahwinan, kami sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami hanya akan berjumpa apabila perlu. Mungkin seminggu atau dua minggu sekali.

“Saya seronok dengan kehidupan seperti ini, sekurang-kurangnya saya dan suami mempunyai ruang sendiri,” katanya.