fbpx

2 Minggu Kahwin, Peminat Nampak Baby Bump Elizabeth Tan?

Baru sahaja dua minggu berkahwin, perkongsian foto pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi perhatian ramai.

Menerusi foto berkenaan, peminat mendakwa nampak baby bimp pada perut Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy. Malah, ramai mengucapkan tahniah kepadanya.

BACA: Tunjuk Aksi Main Skateboard Lagi, Peminat Lelaki Unfollow Elizabeth Tan

Enggan membiarkan netizen terus memperkatakan mengenai perkara itu, Lizzy tampil menafikan dakwaan peminat di Insta Story.

Terdahulu, Lizzy mengejutkan ramai apabila tular gambar perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim pada 20 Mac lalu setelah bapa penyanyi lagu Knock Knock itu mendedahkan gambar perkahwinan di Facebook.