fbpx

Suami Tak Kisah Elizabeth Tan Terima Komen Lucah

Sudah dua bulan berkahwin, suami kepada pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan iaitu Siew Jim mendedahkan dia tidak kisah dengan komen lucah yang diterima isterinya di media sosial.

Menerusi satu video soal jawab di Instagram, Siew Jim juga berkata dia juga bukanlah seorang lelaki yang kuat cemburu.

BACA: Elizabeth Tan Tayang Peha Putih, Ramai Lelaki Miang Geram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

“Secara jujurnya perasaan cemburu saya ‘kosong’. Saya tidak kisah langsung dengan komen-komen lucah itu.

“Lagipun saya bukan seorang lelaki yang kuat cemburu. Bagi saya kalau kita sudah melalui bermacam fasa dalam perhubungan, soal cemburu bukan menjadi satu masalah besar,” katanya.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, pasangan itu berkata mereka belum bersedia lagi untuk memiliki anak dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Saya harap bukan dalam masa terdekat sebab ia tanggungjawab yang besar. Kalau dapat anak, kehidupan bukan lagi soal suam isteri.. tapi fasal anak,” ujarnya.

Terdahulu, Elizabeth mengejutkan ramai apabila tular gambar perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim pada 20 Mac lalu setelah bapa penyanyi lagu Knock Knock itu mendedahkan gambar perkahwinan di Facebook.