fbpx

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata sulung, bayi perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Memetik Harian Metro, ibu mertuanya, Shiela Rusly meluahkan rasa syukur serta teruja menerima kehadiran ahli keluarga baru.

BACA: Sheila Rusly Mimpi Nama Bakal Cucu Ketika Elisya Sandha Hamil 3 Bulan

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tiada komplikasi setakat ini.

“Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan dibantu besan Mama Sandha,” katanya.

Terdahulu, Sheila berkata nama bakal cucu pertamanya diambil daripada mimpinya dan dipersetujui menantunya Elisya Sandha.

Dalam pada itu, Sheila turut teruja dan terharu kerana Elisya bakal menjalani proses berpantang di rumahnya.