fbpx

Sheila Rusly Mimpi Nama Bakal Cucu Ketika Elisya Sandha Hamil 3 Bulan

Teruja bakal menimang cucu sulung tidak lama lagi, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly berkata sudah ada nama untuk cucu perempuannya itu.

Memetik Harian Metro, Sheila berkata bakal cucu pertamanya diambil daripada mimpinya dan dipersetujui menantunya pelakon, Elisya Sandha.

BACA: Sheila Rusly Hadiahkan Suami Kereta Mewah RM340,000 Sempena Hari Jadi

“Saya mimpi nama bakal cucu ketika usia kandungan Elisya baru tiga bulan. Saya cakap pada Elisya, rasanya anak dalam kandungan adalah perempuan.

“Saya mimpi dia lahir dan dia perempuan dan terus bagi nama. Saya akan gunakan nama itu. Insya-Allah, nama itu akan dikongsikan Elisya dan suaminya selepas dilahirkan nanti,” katanya.

Menurut Sheila, dia juga merupakan orang pertama membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya yang dijangka dilahirkan pada 16 Jun ini. Malah, Sheila turut merasakan dirinya bertuah kerana dapat dapat melihat kebahagiaan rumah tangga anaknya.

“Apabila dia lahir kelak, suasana lebih meriah. Saya orang pertama beli barang bayi, memang teruja dan gembira. Macam suami cakap, semoga Allah panjangkan umur saya, bagi saya peluang, nafas untuk saya tengok kebahagiaan rumah tangga anak-anak.

“Dapat pula tengok cucu. Allah hantar terlalu banyak kepada saya pada usia ini, saya rasa sangat bertuah dan bersyukur,” katanya.

Dalam pada itu, Sheila turut teruja dan terharu kerana Elisya bakal menjalani proses berpantang di rumahnya. Ujarnya, tidak semua mahu berpantang di rumah ibu mentua dan dia dapat merasakan menantunya itu selesa dengannya.

“Kehadiran Elisya mengubah kitaran hidup saya. Lain bila ada suri dalam rumah. Saya ada kawan di dapur, ada orang yang saya boleh bercakap mengenai fesyen, masak dan apa saja boleh berkongsi dengan dia. Mungkin sebab minat kami sama, sebab itu kami sangat rapat.

“Apabila dia memilih untuk berpantang 44 hari dengan saya, saya terharu. Bukan semua orang nak dengan mak mentua kan. Insya-Allah akan turut ‘confinement lady’ atau penjaga pantang. Dia nak duduk dengan saya.

“Saya bangga juga, walaupun dia tak cakap selesa, tapi dengan keputusan itu saya dapat rasa dia selesa dengan saya, itu dah cukup buat saya,” katanya.