Beberapa tahun lalu, pelakon Elisya Sandha pernah menafikan dirinya menjalin hubungan istimewa dengan anak pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy dan menjelaskan mereka hanya rakan biasa sahaja.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Twitter yang dimuat naik oleh Uzair seolah memberi gambaran bahawa kedua-dua mereka menjalin hubungan yang serius.
BACA: Izzue Islam Ajar Elisya Sandha Berlakon Romantis Tanpa Sentuh
Menerusi entri itu, Uzair memuat naik sekeping foto yang dikirimkan oleh ibunya memaparkan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu bertandang ke rumahnya untuk belajar memasak.
When my mom sent me this picture while i was out working, i knew i won life ?? pic.twitter.com/CKcIKx4UaL
— uzair haqimy (@UzairHaqimy) October 6, 2020
Malah, menerusi ruangan komen Uzair turut memanggil Elisya dengan panggilan ‘sayang’ sekaligus mengukuhkan lagi bahawa mereka berdua menjalin hubungan istimewa.
Dalam pada itu, hubungan mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada Sheila sendiri yang turut memuat naik gambar Elisha sedang belajar memasak dengannya di Instagram.
Bahkan, diruangan komen Sheila turut memberi gambaran bahawa dirinya bakal menyambut menantu tidak lama lagi apabila dua sahabat baiknya, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora yang mahu mula mencari baju majlis kahwin.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Elisya mengenai status hubungannya dengan anak Sheila Rusly. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.