Izzue Islam Ajar Elisya Sandha Berlakon Romantis Tanpa Sentuh
Sedang hangat drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe yang disiarkan di kaca televisyen, Elisya Sandha berkata drama tersebut memberi peluang kepadanya untuk menikmati makanan ruji masyarakat Kelantan kerana sebelum ini dia tidak pernah makan budu.
Adik kepada Fasha Sanda itu juga mengakui sebelum ini dia tidak pernah mencuba budu kerana tidak gemar akan baunya yang sangat kuat, bagaimana selepas mencubanya barulah dia mengetahui rasanya sangat sedap.
BACA: Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam
“Sebelum ini, saya tak pernah langsung makan budu. Nak cuba pun teragak-agak sebab aroma sangat kuat.
“Namun, saya cuba juga selepas lebih dua minggu berada di Kelantan ketika menjalani penggambaran drama ini. Apabila dimakan bersama ulaman, rasanya memang sedap. Rugi jika tidak cuba,” katanya kepada BH Online.
Menurut Elisya, hero drama tersebut iaitu Izzue Islam banyak membantunya lebih-lebih lagi untuk memahami dialek bahasa Kelantan serta mempelajari budaya masyarakat di Kelantan
“Jika ikutkan skrip yang diberi, dialognya dalam bahasa Melayu tetapi memandangkan drama ini berkisar masyarakat Kelantan, dialog kena ada bahasa mereka.
“Mujurlah gandingan saya dalam drama, Izzue Islam banyak membantu. Daripada tak faham langsung, sekarang ini bolehlah faham sikit-sikit jika ada yang bertutur dengan saya,” katanya.
Memegang watak sebagai isteri Izzue, Elisya berkata cabaran yang dilaluinya apabila melakonkan babak romantis tanpa perlu bersentuhan. Bagaimanapun, Izzue seorang yang berpengalaman dan banyak mengajarnya.
“Semua orang tahu Izzue meletakkan syarat tidak bersentuhan dengan pelakon wanita. Apabila diberitahu ada babak romantis bersama Izzue, saya sedikit bingung sebab tak tahu nak buat macam mana.
“Bagaimanapun, Izzue berpengalaman, dialah yang banyak mengajar saya bagaimana mahu mencipta momen romantis tanpa perlu bersentuhan seperti menggunakan bahasa tubuh dan ayat manis,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Syabas abe izzue yg hensem.. Suko tgk drama sik kabu tuk cik abe.. Sweet romantis sgt wlapun x bersentuhan
Menyampah ak dgn watak minah indon si sha lam drama tu. Si mek yan pn sama thu nk marah anak je
Drama based on loghat negeri ni menyampah pulak aku tngk. Dulu drama loghat org perak dan anak mami pinang, ni kelantan menate beruk pulak?! Kenapa perlu berpuak2 ikut semangat kenegerian masing2?! Aku harap presiden Finas yg baru ni stop laa benda2 yg menyuburkan pemikiran sempit kenegerian masing2 ni. Aku tau mmg ramai pengat seni tempatan org kelantan dan perak. Tp korg jual market utk penonton seluruh Msia. Bkn utk stesen TV negeri masing2 mcm stesen radio milik negeri tu!!
Bestla drama kelate… Satu malaysia suko wey.. Klakar lucu.. Mu jgn nk diskriminasi kn sgt la wahai komen d atas
Yg komen x romantik tu ko tu xde jiwa agaknyeer dik! Akak ni org kL blh gelak terbahak2 tgk drama ni
X kisahla drama klantan ke sabah ke perak ke penang…… Semua ada mesej tersendiri… N kita blh tgk kehidupan dlm berbeza kehidupan msyarakt
I’m not klantanese.. I’m sabahan but i like this drama.. So funny guys.. Yess.. Of coz its difficults to understands but subtitle was already guys.. Just enjoy this drama.. Support guys.. Please don’t discrimation guys!!!
Setakat nk tngk msj baik tngk drama tamil lg deep mesej dia. Drama melayu ni pusing2 lagu tu jek mesej dia. Pastu cas romantik. Lg romantik lyn filem hindustan!
Cite ni laen dr yg laen la. Not typical
Pendekatan yg baik dari Izzue Islam. klw kita ikhlas, InsyaAllah akan dipermudahkan. inilah istimewanya Malaysia. pelbagai dialek dan makanan tradisi. tak salah memahami budaya negeri lain. tahniah to Izzue, Elisya dan semua yg terlibat…
Rosyam nor, Beto khusairy dan ungku ismail kena ambil tauladan dari pelakon muda mcm Izzue. Say no to sentuh sentuh . Jgn bagi alasan….kehendak cerita dan mcm mcm. Kena kreatif bincang dgn director …..
Suka tgk cerita ni..xde la ckp dgn mak kat kampung pun kena ckp kl kan..bkn tipikal cerita melayu yg antara 2 darjat..bkn cerita mertua benci menantu sbb org luar..mek yan tu baik je..tp biasa la,bila mak dah biasa layan ank mcm tu,dpt menantu org bandar,moden..ada la skit rasa mcm menantu xlayan suami dgn baik..tp faizul tu ank & suami yg sgt baik..pandai jaga hati isteri,jaga hati mak
Harap ending nya nanti,mek yan sedar yg sha tu jahat..
SApe tgk citer ni angkat tgn pls. aku x tgk lg. sedar2 dh nak habis. bg komen star berapa ni. kalo opah aminah tu aku sempat la tgk first quarter, sbb tgh berbuka. yg ni mcm xde desakan. mungkin jln cerita pun x berapa jelas dan kurang promosi. harapnya penerbit akan buat drama yg best2 kan dh boleh shooting nnti. teringin tgk drama2 mcm nurkasih yg ada seni. pelakun pun sesuai dgn watak mereka walaupun masa tu x kenal pun siapa tiz, ummi, remy dan fizz.
Izzue ade tak ajar bukak bra tak gunakan tangan?hanya yg btul2 buaya je pandai wat