fbpx

Elijah Wood: Ganja Sebahagian Gaya Hidup Di Dunia Hollywood

Pelakon Lords of the Ring yang baru muncul dengan siri televisyen baru, Wilfred ini kini turut serta menyokong resolusi menghalalkan ganja.

Berusia 30 tahun kini, Elijah Wood menyatakan yang beliau masih tidak faham kenapa ganja masih di’haramkan di Amerika Syarikat & mana mana di’seluruh dunia.

Beliau bercakap kepada sebuah majalah hiburan hari ini tentang penggunaan ganja yang tidak beliau anggap sebagai merbahaya & tahu ganja adalah sebahagian hidup di Hollywood.

Namun, Elijah Wood mendakwa beliau & ganja tidak begitu serasi dan diri beliau bukanlah pengamal ganja. Beliau hanya mahu suara masyarakat yang mahukan ganja di’halalkan di’ambil peduli.

Topik ganja ini memang kena dengan Elijah Wood ketika ini kerana watak beliau dalam siri drama Wilfred sering menunjukkan imej beliau yang tertekan & keliru lantas mengambil ganja sebagai jalan keluar.