fbpx

Elia: Saya Tidak Tahu Yang Dia Berniat Putuskan Pertunangan Kami


Sedangkan kahwin pun boleh bercerai inikan bertunang, apatah lagi yang tengah ber ‘couple’. Beberapa hari yang lepas penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan yang beliau telah memutuskan tali pertunangan bersama Elia di akhbar Metro Ahad. Keputusan yang dibuat ialah untuk memuaskan hati semua pihak.

Tapi si Elia juga tak nak kalah apabila muncul dengan kenyataan yang dia tak tahu yang Khairul Fahmi putuskan pertunangan. Aiyark! Masa ‘couple’ bukan main sweet lagi tapi bila dah putus macam-macam kenyataan keluar.

Menurut Elia, dia dan keluarga terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Khairul Fahmi di akhbar.

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” kata Elia kepada wartawan Harian Metro.

Kami pun tak tau sampai bila kesudahan krisis ni walaupun si lelaki telah memutuskan pertunangan masih banyak lagi cakap belakang yang kedengaran. Kalau korang ada cerita nak kongsi ce cita kat komen. ;)