fbpx

Elfira Loy Terkilan Dituduh Bertunang Kerana Status

Pelbagai tuduhan dilemaprkan kepada Elfira Loy apabila beliau mengambil keputusan untuk bertunang dengan Faris K Anuar pada September baru baru ini. Antara yang menjadi perbualan ramai adalah status Faris sebagai anak kepada VIP bergelar Datuk.

Menyangkal dakwaan yang beliau memilih Faris kerana status, Elfira Loy menegaskan yang beliau seorang wanita bekerjaya dan tidak mencari teman hidup yang mempunyai status tertentu.

BACA: Ibu Elfira Loy Percaya Faris Mampu Jaga Anaknya

“Saya seorang yang bekerjaya dan berdikari, jadi status atau pangkat bukanlah kegilaan saya untuk dicari pada seorang lelaki”

“Saya terbuka pintu hati menerima Faris kerana dia menghormati keluarga saya, memahami mereka dan paling penting, ibu saya yakin bahawa dia mempunyai masa depan yang kukuh untuk menjaga saya selepas berkahwin,” ujar Elfira Loy.

Elfira Loy turut mendedahkan yang tarikh perkahwinan mereka sudah dipilih namun masih belum bersedia untuk mendedahkan kepada para peminat di luar sana. (rtky/m)