fbpx

Elfira Loy Tegur Golongan Bangga Tayang Gambar Pergi Beraya

Meskipun kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti ziarah raya pada 1 Syawal sahaja, namun masih ada lagi segelintir rakyat yang masih berdegil untuk pergi beraya. Malah tidak segan silu untuk berkongsikan gambar kepada umum.

Kurang senang melihat sikap segelintir pihak yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, Elfira Loy tampil menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu di Instagram.

BACA: Elfira Loy Buka Saluran Telegram, Kongsi Ilmu Agama

Elfira turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan yang sengaja memaparkan aktiviti berkenaan di media sosial sehingga menjadi ikutan ramai.

Ujarnya, menjemput orang datang ke rumah atau berjumpa rakan itu pilihan anda sendiri tetapi tidak perlu paparkan di media sosial kerana mungkin ada orang yang akan fikir ianya perkara yang betul dan turut sama melakukannya.

Elfira turut menasihatkan mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tidak berkongsi aktiviti berkenaan di laman sosial.

“Nak buat benda salah jangan show off la itu saja cerita dia. Simpan je kenangan itu,” tulisnya.