fbpx

Elfira Loy Buka Saluran Telegram, Kongsi Ilmu Agama

Bersempena bulan Ramadan ini, boleh dikatakan ramai dikalangan selebriti mengajak peminat-peminat mereka membaca Al-Quran dan lebih beramal ibadah untuk mengejar pahala di bulan suci ini.

Tidak ketinggalan, Elfira Loy juga mengambil inisaitif mewujudkan saluran sendiri di Telegram berkongsi ilmu dengan peminatnya. Menurut Elfira, saluran diberi nama DiaryElmu itu dibuka untuk berkongsi ilmu keagamaan serta motivasi bersama peminat.

BACA: Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Elfira memuat naik lakaran foto mengenai solat sunat Rawatib dan beberapa kata-kata hikmah serta motivasi berkaitan keagaaman.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang nyata teruja dengan pengumuman berkenaan. Malah, ada di antara mereka sudah pun menjadi sebahagian daripada ahli.