fbpx

Elfira Loy Susah Jumpa Teman Lelaki Sesuai

Mempunyai kehidupan privasi sejak dari kecil membuatkan Elfira Loy sukar untuk menemui jejaka yang dapat menambat hatinya untuk dijadikan sebagai kekasih. Malah akuinya lagi, kehidupan sehariannya juga lebih banyak dihabiskan bersama ahli keluarga berbanding bergaul dan menghabiskan masa dengan rakan sebaya ataupun rakan artis yang lain.

BACA: Kontrak Ditarik Selepas Berhijab, Elfira Loy Tak Kisah

“Sejak kecil lagi kehidupan saya terlalu privasi dan jarang berkenalan dengan lelaki. Saya juga tidak mempunyai lesen memandu, jadi jika mahu ke mana-mana sahaja pasti akan ditemani oleh ahli keluarga. Saya juga tidak bergaul dengan kawan-kawan sebaya atau rakan-rakan artis, jika kelapangan pun saya hanya akan keluar bersama adik-beradik sahaja”

“Kalau betul saya bercinta dengan Baim tentu sekarang kami sudah ke fasa seterusnya, ini tiada apa-apa pun yang terjadi. Kami jarang berjumpa tapi masih berhubung kerana dia rapat dengan ibu saya,” katanya kepada m Star Online apabila ditanyakan tentang perkembangan dan dakwaan orang ramai mengenai hubungan cinta beliau dan pelakon Indonesia itu.

Bercakap pula mengenai perkembangan kerjayanya, Elfira Loy menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggal industri hiburan walaupun dirinya kini sibuk dengan perniagaan dan dalam perancangan untuk membuka butik pula tidak lama lagi. Tapi dalam masa yang sama, beliau terpaksa bersikap selektif pada setiap tawaran yang diterima berbanding dahulu. (rkty/w)