fbpx

Elfira Loy Sudah Temui Pengganti Sufian Suhaimi?

Tidak pasti kesahihannya tapi menerusi Instagram jejaka kacak bernama Nabil Aqil, hati Elfira Loy sepertinya sudah dimiliki jejak itu. Melalui perkongsian itu, Nabil telah memuat naik gambar bersama Elfira berserta kepsyen yang menggambarkan mereka sedang bercinta.

BACA: Elfira Loy Difitnah Jadi Punca Nazim, Bella Cerai?

Selain mengenakan pakaian sedondon bersama, Elfira sempat meninggalkan komen di Instagram jejaka itu. Bukan sahaja berbalas komen romantis, malah Nabil juga turut menggelarkan Elfira dengan panggilan ‘Sayang’!

Bukan itu saja, malah di Insta story juga, Nabil sangat terbuka memuat naik nama Elfira bersama bentuk hati. Bagaimanapun di ruangan komen, lain pula ceritanya. Hasil permerhatian, macam ramai tidak merestui hubungan mereka.

Selain nama Sufian Suhaimi disebut-sebut oleh peminat, mereka juga menasihati Nabil supaya mencari wanita lain selain Elfira yang pernah ada kisah putus tunang yang dasyat. Ada juga bergurau nakal menyuruh ibu Elfira selidik akaun bank Nabil dulu sebelum bertunang.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian, dalam masa yang sama, Sufian memuat naik status di Twitter yang kedengaran agak berang dan cemburu. Ramai mendakwa kenyataan itu dituju khas buat pasangan yang sedang bercinta itu.

Setakat ini kami pun tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini. Bukan main lagi pilihan Elfira kali ini, bukan main kacak lagi pengganti Sufian. Kalau benar harapnya Elfira tampil memberitahu status sebenar mereka. (rtky/w)