fbpx

Elfira Loy Difitnah Jadi Punca Nazim, Bella Cerai?

Boleh tahan juga perkara yang menimpa Elfira Loy sejak kebelakangan ini. Jika sebelum ini Elfira terpalit dengan isu ubat menambah ketinggian, baru-baru dia turut dikaitkan dengan punca keretakan rumahtangga selebriti lain. Namun pelakon wanita ini kelihatan tenang mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitter miliknya.

BACA: “Doktor Pula Minta Maaf Pada Elfira Loy”

“Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hatini. Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?” soal Elfira semula. Malah dalam masa yang sama, peminat juga menafikan perkara tersebut.

Apa pun, tuduhan melulu yang dikeluarkan individu berkenaa tanpa sebarang bukti adalah tidak patut. Bertabahlah buat Elfira dalam menghadapi pelbagai dugaan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. (rtky/s)