fbpx

Elfira Loy Pilih Nama Anak Muhamad Rayyan Khalaf

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar di atas kelahiran anak sulung mereka semalam. Elfira selamat melahirkan bayi lelaki secara normal seberat 3.68kg di sebuah hospital swasta di ibu kota jam 5.40 petang semalam.

Menerusi terbaru di Instagram, Elfira mendedahkan wajah serta berkongsikan nama cahaya matanya itu iaitu Muhamad Rayyan Khalaf  bin Muhamad Faris

BACA: Elfira Loy Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Elfira turut rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan juga anaknya. Dalam pada itu, Elfira turut meluahkan rasa tidak percaya bahawa dia kini sudah bergelar ibu.

Mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari 2019 di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.