fbpx

Elfira Loy Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Perkara itu dimaklumkan sebentar tadi oleh Elfira menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira turut meluahkan rasa syukur berserta tarikh 1 Oktober 2019 iaitu hari kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

BACA: “Hormati Status Elfira Sebagai Isteri, Bakal Menjadi Ibu”

https://www.instagram.com/p/B3EpFpBFD2t/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah tidak henti-henti buat pasangan berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui sama ada anak pertama Elfira dan Faris adalah lelaki atau pun perempuan.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Elfira dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel Elfira Junior!