fbpx

Elfira Loy Nafi Diri Sudah Tidak Laku

Sekian lama tidak aktif dalam bidang lakonan, ada pihak mendakwa Elfira Loy sudah tidak laku dan dipandang sepi oleh pihak produksi. Bagaimanapun Elfira menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa kekangan masa menjadi punca utama beliau terpaksa memilih untuk berehat daripada bidang berlakon buat sementara waktu.

BACA: Elfira Loy Tertekan Dengan Isu Sedia Dipinang Lelaki

“Saya memilih untuk berehat daripada bidang berlakon buat sementara waktu, bukan sebab sudah tidak ada job. Sebenarnya ada banyak tawaran berlakon tapi saya yang tak sempat nak buat. Buat masa ini saya perlu berada di kafe hampir setiap hari, banyak perkara perlu difikirkan terutamanya soal kualiti makanan, servis dan juga pemasaran”

“Sebab itulah buat masa ini saya perlu tolak tawaran berlakon terutamanya drama kerana pengambaran pastinya akan memakan masa yang panjang,” katanya kepada m Star Online mengenai dakwaan dirinya tidak lagi laku di stesen televisyen.

Turut sibuk menguruskan jenama sendiri dan juga kafe beliau, Elfira mengakui kadang-kala dirinya rindu untuk kembali berlakon namun buat masa ini bidang perniagaan merupakan keutamaan beliau. Terdahulu Elfira pernah menyatakan dek kerana terlalu sibuk juga, beliau sendiri tiada masa untuk mencari teman lelaki. Memang sibuk betul Elfira ni! (rtky/w)