fbpx

Elfira Loy Letak Syarat Jika Mahu Sentuh Anaknya

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah, Elfira Loy yang tidak menghalang peminat mahupun orang luar menyentuh anaknya Muhammad Rayyan Khalaf kini berusia empat bulan.

Bagaimanapun, Elfira meletakkan syarat agar individu tersebut membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh anaknya.

BACA: Peminat Suka Penampilan Elfira Loy Lepas Kahwin

“Saya pun sukakan bayi akan rasa nak pegang kalau jumpa tetapi sebagai seorang ibu saya akan sediakan sanitizer.

“Jadi, nak pegang boleh tetapi kena ‘sanitize’ dulu. Tetapi saya tidak menghalang sesiapa menyentuh anak saya pun,” katanya kepada HLive.

Hampir empat bulan bergelar ibu, Elfira menyifatkan putera kesayangannya itu sentiasa memudahkan kerjanya, malah tidak rasa susah untuk membawa Rayyan ketika bekerja.

“Hidup saya gembira dengan kehadiran Rayyan dan tak susah pun bawa dia bekerja tetapi perlulah tempat yang bersesuaian sahaja. Saya tak pernah tak tidur malam, Rayyan sangat menyenangkan.

“Dari berpantang lagi saya ajar dia bangun dua kali kemudian tidur balik. Itu sebablah saya senang bawa dia kemana-mana,” katanya.

Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar mendirkan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober lalu.