Peminat Suka Penampilan Elfira Loy Lepas Kahwin
Baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 1 Januari lalu, kehidupan Elfira Loy kini sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan, penampilan Elfira sentiasa menjadi perhatian ramai. Rata-rata peminatnya sukakan cara pemakaian tudungnya yang sopan serta menutup dada.
BACA: Pakai Kasut Tumit Tinggi Buatkan Elfira Loy Lebih Yakin
Baru-baru ini, Elfira ada memuat naik fotonya memakai tudung corak berwarna ungu. Rata-rata netizen sukakan gayanya itu dan tumpang gembira pelakon kecil molek itu berubah ke arah yang lebih baik selepas berkahwin.
Malah ada netizen mengatakan siapa kata bertudung labuh tidak boleh bergaya dan Elfira telah membuktikannya. Ada netizen memuji Elfira seorang yang pandai membawa diri sebagai seorang isteri dan mengucapkan tahniah kepada Faris kerana pandai mendidik isteri.
Alhamdulillah El, aku doa semoga diberi kekuatan dan istiqamah
Dia ni org sibuk dunia nk kiamat ke, balqis mengemis ke, Alif tayang koteh ke si Elpirah ni ttp tayang diva, dah bole join Che ta laa.