fbpx

Elfira Loy Kenang Saat Melahirkan Anak Dalam Keadaan Bertelekung

Meluahkan rasa syukur anak sulungnya, Rayyan Khalaf kini sudah pun berusia dua tahun, pelakon Elfira Loy mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan cahaya matanya itu.

Elfira berkata dia terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam untuk melahirkan anaknya itu. Menerusi entri itu, Elfira turut memuat naik fotonya sedang menahan sakit.

BACA: Risau Tak Dapat Sambut Hari Jadi Anak, Elfira Loy Dikecam

Elfira turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak yang tidak banyak karenah dan sangat baik seindah namanya.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mendoakan Rayyan menjadi seorang anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.

Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.