fbpx

Elfira Loy Gelisah Anak Pertama Kali Demam

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pelakon Elfira Loy gelisah apabila anaknya Muhammad Rayyan Khalaf buat pertama kali mengalami demam panas hujung minggu lalu.

Menurut Elfira, bacaan suhu anaknya makin meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius. Elfira turut meluahkan rasa bimbang serta meminta nasihat daripada pengikutnya adakah dia perlu membawa anaknya berjumpa doktor.

BACA: Tak Mahu Ambil Risiko, Elfira Loy Elak Bawa Anak Keluar Rumah

“Pertama kali Rayyan sepanjang dari bayi sampai sampai dah besar ni. Harap demam ni sekejap je. Apa yang saya buat, ibu saya mandikan dia dengan air biasa je, selalu lap-lap badan dan tampal cool fever. Tapai bila nak tidur dia macam tak selesa sikit.

“Jadi El pasang zikir ubat penyakit sebab Rayyan selalu akan tenang kalau pasang bacaan Al-Quran. Tapi bila malam mungkin dia tak selesa, banyak tidur atas bahu sambil dukung berdiri. Jadi, bila anda putuskan untuk bawa anak berjumpa doktor? Atau bersabar je sampai demam kebah?,” katanya.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf kini berusia setahun.