fbpx

Elfira Loy Nekad Ambil Vaksin AstraZeneca Demi Anak Walaupun Takut Jarum

Meskipun dirinya takut dengan jarum suntikan, bagaimanapun pelakon Elfira Loy sanggup mengenepikan perasaan itu untuk mendapatkan vaksin AstraZaneca.

Elfira berkata dia nekad mengambil suntikan itu demi anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf, memandangkan banyak bekerja diluar dan terdedah dengan jangkitan Covid-19.

BACA: Tak Berkira Dengan Keluarga, Elfira Loy Sanggup Habiskan Semua Duit

“Jujur saya sebenarnya takut berjumpa doktor dan takut tengok jarum untuk pengambilan vaksin ini saya teruja kerana lambat laun kita kena ambil juga.

“Perasaan gemuruh itu jadi hilang bila saya tengok ramai orang bersemangat beratur dan sama-sama isi borang sebelum diberikan suntikan.

“Bukan saya cakap ini sebab saya bangga dah terima vaksin awal tetapi sekurangnya saya boleh berkongsi pengalaman untuk orang lain turut berani ambil vaksin,” katanya.

Menerima vaksin AstraZaneca pada Selasa lalu, Elfira berkata dia tidak terkesan dengan cerita buruk tentang vaksin yang tular di media sosial.

“Bila kita terlalu takut, kita akan banyak cari kesan yang buruk, tapi sebenarnya kesan yang tu lebih banyak.

“Fakta pun dah kata hanya beberapa peratus sahaja yang ada kesan buruk. Saya memang fokus kepada siapa yang cerita benda positif sahaja,” katanya.