fbpx

Elfira Loy Beri Anak iPhone Di Usia 8 Bulan

Perkongsian Elfira Loy baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan dia membenarkan anak lelakinya Muhamad Rayyan Khalaf menggunakan telefon bimbit pada usia lapan bulan.

Malah, Elfira turut mengatakan dia memberikan iPhone supaya anaknya tidak mengganggu telefonnya. Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana takut ianya akan mengganggu tumbesarannya.

BACA: Elfira Loy Tegur Golongan Bangga Tayang Gambar Pergi Beraya

Netizen berkata ianya terlalu awal untuk mendedahkan anak sekecil itu kepada gajet. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan perkongsian itu hanya untuk mempromosikan produk semata-mata.

Bagaimanapun, Elfira berakata dia hanya membenarkan anaknya untuk bermain gajet dalam waktu yang singkat sahaja kerana Rayyan lebih suka bermain dengannya.

Dalam pada  itu, netizen turut mengatakan Rayyan sangat bertuah kerana masih kecil lagi sudah diberikan iPhone sedangkan mereka yang bergaji setiap bulan pun belum mampu untuk memiliki telefon pintar itu.