fbpx

Elfira Loy Bengang Disoal Isu Putus Tunang

Seperti sedia maklum Elfira Loy kini tidak berada di dalam Malaysia, namun gosip bertebaran mengenai status hubungannya dengan Sufian Suhaimi telah menguji kesabaran pelakon itu. Menerusi Insta story, Elfira sempat membidas kenyataan pedas peminat mengenaiisu putus tunang.

BACA: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Putus Tunang?

Melalui Insta story, seorang individu telah menyelar tindakan Elfira selama ini yang sering menayang kemewahan termasuk majlis pertunangannya tetapi apabila isu putus tunang tersebar, disorokkkannya pula. Kata-kata itu sekaligus mencetuskan kemarahan Elfira.

Manakala menerusi Instagram pula, Elfira juga ada memuat naik kenyataan mengenai sikap peminat yang suka membuat spekulasi biarpun tidak mengetahui perkara sebenar. Menurutnya, jika seseorang itu baik, mereka akan sentiasa berfikiran positif mengenai orang lain.

Kenyataan itu menarik perhatian peminat untuk mendoakan kebahagiaan pelakon kesayangan mereka. Tapi ada juga yang membangkitkan kembali isu lama ketika Sufian meninggalkan teman wanitanya kerana Elfira dulu. (rtky/w)