Hubungan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus menjadi persoalan apabila mereka dikatakan sudah putus tunang. Difahamkan, hubungan pasangan itu sudah putus minggu lalu dek kerana kehadiran orang ketiga.

BACA: Luahan Hati Sufian Suhaimi Buat Siapa?



Bagaimanapun Sufian tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kesahihan khabar angin ini kerana dimaklumkan beliau telah menukar nombor telefon agar tidak diganggu dengan soalan berkaitan berita ini.

“Sudah seminggu dia tukar nombor telefon baharu dan dia minta agar tak diganggu (dengan) soalan-soalan berbentuk peribadi.? Malah untuk program temubual dia juga hanya akan bercakap soal kerjaya semata-mata,” kata pengurusnya kepada Utusan Online.



Sementara itu, ibu kepada Elfira, Filzah Yusoff enggan memberikan komen mengenai gosip bertebaran mengenai hubungan anaknya, namun dengan ringkas beliau menjawab akan memaklumkan jika ada apa-apa yang berlaku.

Harapnya Elfira dan Sufian boleh tampil menjelaskan perkara ini. Namun jika benar, diharap pasangan ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini, Elfira juga khabarnya tidak berada di Malaysia buat ketika ini. (rtky/w)