fbpx

Yuna Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Tidak tahan menjadi mangsa gangguan seksual di laman sosial, penyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga bersama Adam Sinclair, Yuna berkongsikan perkara tersebut di Twitter selain memohon agar tindakan diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapinya itu.

BACA: “Hiasan Pelamin Yuna Telan Belanja RM70,000”

Menurut Yuna, dia sendiri sudah beberapa kali menyekat akaun yang mengganggunya itu namun individu yang sama kembali semula dengan akaun baru. Lebih teruk lagi, insiden ini sudah pun berlanjutan hampir setengah tahun.

Sementara itu ketika ini Yuna tidak memberi komen lanjut berkenaan perkara tersebut dan juga pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa enggan mengulas lanjut perkara berkenaan di atas tujuan keselamatan.

Yuna yang selamat mendirikan rumahtangga pada 26 Januari lalu telah kembali bekerja awal bulan ini di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. (rtky/s)