fbpx

Elaine Daly Sah Bergelar Isteri Kepada Nick Borden

Pelakon dan pengacara program bual bicara Bella, Elaine Daly petang tadi selamat bergelar isteri kepada Nick Borden dalam sebuah majlis perkahwinan bertemakan dalam taman yang diadakan di restoran makanan Itali, Ciao yang terletak di Jalan Kampung Pandan, KL.

Suami Elaine Daly, Nick Borden merupakan seorang doktor yang sudah menetap di Malaysia lebih 10 tahun selain memegang status penduduk tetap. Pasangan ini bertunang pada Julai lalu.

Selepas majlis perkahwinan diadakan di Kuala Lumpur, pasangan ini akan diraikan pula dalam satu majlis di tempat asal Nick Borden iaitu Johannesburg, Afrika Selatan sekitar Januari depan. Mereka merancang untuk berbulan madu selepas itu.

“Kami merancang untuk berbulan madu di Zimbabwe. Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Sabtu ini akan ada majlis tertutup meraikan kami di sebuah lokasi rahsia,” ujar Elaine Daly kepada Berita Harian hari ini. Tahniah buat kedua dua keluarga pasangan ini. (rtky/m)