Eizlan Yusof Bakal Nikah Gadis 29 Tahun Disember Ini
Selama hampir empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi. Walau bagaimanapun, Eizlan mengambil pendekatan merahsikan wajah bakal suri hidupnya itu sehingga hari pernikahan mereka minggu hadapan.
BACA: Eizlan Yusof Nikah Bulan Depan, Dapat Tajaan RM2 Juta?
Untuk meraikan hari bahagia mereka, pasangan itu telah merancang sebanyak empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).
Berkenalan sejak empat tahun lalu, Eizlan berkata dia tertarik hati dengan perwatakan kelakar wanita kelahiran Kuala Lumpur itu yang bekerja dalam sektor perhotelan.
“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.
“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.
“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.
“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,” katanya kepada Rotikaya.
Dalam pada itu, mengenai majlis empat hari berturut-turut yang akan dijayakannya itu, Eizlan berkata perkara itu semua diuruskan oleh rakan-rakan baiknya dalam Angkatan Pertahanan Awam.
“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.
“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,” katanya yang akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. (rtky/h)
Tahniah, you deserve it..
Tahniah.
klau wanita melayu kawen org luar tpi seagama halal toyiban jgn kecam ye dn yg penting jgn laki org.
Mcm drama sara sajeeda tu..pilihan di tgn masing2.
Semua bangsa sama shj..tiada beza…ada baik dan buruk sesama negara.
NRB – Contestant of the Malaysian DreamGirl reality television show ..
kesian DSEY.
Tahniah. Nanti ingat2 lah jangan ulang lagi lafaz cerai tak sengaja itu ja. Sekali tanya iman rupa2nya sah lafaz cerai itu. Nanti perempuan juga di hina.
Sektor perhotelan – the st. regis kan.. congrats to u both.. hingga ke jannah insyaAllah.. :-)
Kenapa nk kesian kat DSEY @Ann..
Seangkatan dengan hanis zalika ni. Seksi baik bogel terus. Geng dream girl dulu. Supe x pakai baju. Cari la elok sikit. Da tua tapi x sedar diri. Pondan tul
Lol. XpayH sorok lah we all knows. Dreamgirls.
Over abang ni…cover2 la…sekali kedi kwang kwang…lelong2
Kahwin juga pondan tua coverina ni..sesuailah pilih bini gedik utk jadi mak pada anak2 kau..kesia pondan/gay tua..pas ni bini tak puas dgn kotey lembik ko..dia cari jantan penyedap di luar..tak hairan sbb ramai species bini mcm tu skrg..suka main dildo dan timun.
goggle jer nama pompuan tu….bersepah gambar…
Ex wife kau kawin dgn rahman dahlan ??….lolbad decision …
Loser habih .
Tahniah…..