fbpx

Eizlan Yusof Nikah Bulan Depan, Dapat Tajaan RM2 Juta?

Hampir 4 tahun bergelar duda anak tiga, baru-baru ini timbul khabar angin mengenai pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dikatakan bakal berkahwin bulan Disember ini.

Bagaimanapun, Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai gosip itu serta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Ujarnya lagi, satu sidang media khas akan dibuat pada 2 Disember depan sekaligus menjawab segala persoalan.

BACA: Eizlan Yusof Tak Kisah Calon Isteri Ibu Tunggal

“Insya-Allah segala persoalan akan terjawab pada sidang media yang akan dibuat pada 2 Disember ini. Sama ada apa yang diperkatakan selama ini betul atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Harap semua sabar.

“Saya tahu dari awal perkara ini dihebohkan terlalu banyak spekulasi timbul. Sedangkan tidak ada sebarang pengesahan daripada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan saja kisah perkahwinannya menjadi bualan ramai, malah timbul spekulasi mendakwa Eizlan mendapat tajaan sebanyak RM 2 juta untuk majlis perkahwinannya. Bagaimanapun, Eizlan sekali lagi mengunci mulut.

“Kalau tarikh kahwin pun orang boleh berteka-teki, inikan pula mengenai penajaan. Tak apa, biarlah sidang media nanti menjawab segala persoalan. Saya anggap apa saja yang diberitakan sebelum ini sebagai satu doa,” katanya.

Untuk rekod, Eizlan berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.