Eira Syazira Kini Sah Mengandung 2 Bulan
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin yang kini disahkan hamil dengan usia kehamilan mencecah 2 bulan. Menerusi laman sosial, beliau telah mendedahkan berita kehamilannya itu dan berkongsi kegembiraan bersama semua peminatnya.
BACA: Eira Syazira Jual Kasut Palsu & Tipu Duit Pelanggan?
Bagaimanapun, buat masa ini Eira masih belum memberikan sebarang komen mengenai berita itu dan hanya sekadar berkongsi di laman sosial sahaja. Namun pada masa yang sama, peminat turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada dan mendoakan kesejahteraan pasangan itu.
Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 selepas menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun. Hasil perkahwinan bahagia itu, mereka telah di kurniakan seorang cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.
Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini kerana dikurniakan rezeki untuk hamil kali kedua. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini akan menambahkan lagi keceriaan dan keberkatan kepada seisi keluarga. (rkty/w)
Mak tiri dia x nak join mengandung jugak ke?
mak tiri sapa katakpuru oiii…
Tu je ke yg rotikaya nak share? Alahaiii bosan kucing jiran aku setahun smpi 2 kali beranak. Sapelah yg asyik merogol dia tu hah.. sian tau
mak tiri eira la wahai TSCP….hahaha
syukur lah dah mengandung semula. Moga kandungan dan ibu sihat dan eira bersalin dgn selamatnya.
gandung pun nk meyalak 1 dunia
setakat blakon suam2 kuku
Do not use bad words to comment. Your comment will be deleted and your profile will be reported to MCMC
Regards,
Admin (Rotikaya)