fbpx

Usia bukanlah penghalang buat datuk dan nenek Eina Azman bernikah semula selepas bercerai 17 tahun lalu. Lebih menyentuh hati, pernikahan itu disempurnakan di hospital, tempat datuk Eina menjalani rawatan angin ahmar.

BACA: Eina Azman Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Kulit

“Kami menerima baik apabila Aki dan Tok meluahkan hasrat berkahwin semula. Ini kerana mereka mahu menjaga satu sama lain hingga hujung nyawa. Biarpun Aki berusia 78 tahun dan Tok menginjak 68 tahun, mereka mahu mengimbas kembali kemanisan hidup 40 tahun berkahwin dulu”

“Apatah lagi, masing-masing tidak sihat dan ingin mengharungi detik ini bersama. Jodoh dan ajal semuanya ketentuan Allah. Kami sekeluarga mendoakan semoga perkahwinan semula Aki dan Tok ini mendapat keberkatanNya,” katanya.

Majlis pernikahan mereka turut dihadiri ahli keluarga terdekat yang turut memakai pakaian traditional, terutama sekali pasasangan pengantin, datuk dan nenek Eina yang sedondon memakai baju berwarna kuning lembut.

Pada majlis pernikahan itu, pengantin masing-masing menyarung cincin dengan senaskhah buku tafsiran al-Quran menjadi hantaran. Tumpang gembira buat Eina diatas penyatuan ini semula selepas 17 tahu terpisah. (rtky/w)