Eina Azman Mohon Maaf, Akui Ada Masalah Kesihatan
Selepas beberapa hari berdiam diri, lewat malam tadi pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik kenyataan permohonan maaf susulan perkongsiannya yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Eina turut mengakui mempunyai masalah kesihatan namun tidak boleh berkongsikan kepada umum kerana disifatkan terlalu peribadi.
BACA: Hospital Sahkan Eina Azman, Suami Layak Terima Vaksin Kerana Berisiko Tinggi
“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.
“Pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” katanya.
Dalam pada itu, Eina menjelaskan dia bertindak memadam perkongsiannya terdahulu bagi mengelakkan isu tersebut berpanjangan.
“Saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit.
“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” katanya.
dia ada masalah darah tahap 4 sebab terlalu banyak dan lama ambil bahan2 pemutih.
lakinya jantung tersumbat hampir semua cabang2mereka sangat tinggi ber risiko. prioti no 1. retis kaya kan.
bersangka baik saja terlalu peribadi untuk dicerita.
hingga terpaksa ke ipoh ambil vaksin.
kenapa tak ke Belgium atau cina terus untuk cepat dapat vaksin?
lepas tu rehat di swiss.
Yelah malas dah hencap artis dah. bukan aku dapat ape pun. Laki berduit, bole la, kalau setakat dok pprt, ko tggu vaksin kerajaan bagi jela.
Tapi nape muka laki dia mcm Syukri Yahya yg terlebih mkn di Hari Raya lalu berjemur smpai lupe nk angkat.
Haih..keluarga org lain ada kanser, darah tggi, mslh buah pinggang dan sbginya..tetap jga tggu giliran..hakikat jd kuli dlm malaysia ni.
Lepas Datin Paduka lebih berhati2 k. Isi sensitif pasal covid, rentals negeri, vaksin ni ya. Let’s move on and focus on your cooking video.
mana x bermasaalah. artis2 kan suka main jarom
muka pucat cam mendiang michael jackson.
elokla bg retis yg active shooting vaksin dulu. sian kene swab tiap hari. kecam2 jele, mak x kesah
dia dah risau la tu macam mana nak dpt duit. rakyat biasa yang ada kuasa sebenarnya. mereka ni yang follow, like dan komen media sosial artis. kebanyakan artis sekarang, media sosial adalah periuk nasi mereka.
ayah saya 70 tahun, pesakit jantung dan dah lama daftar untuk vaksin, tapi tak dipanggil lagi. sakit kamu lagi hebat rupanya untuk dipanggil dahulu. or is it $$$$$$$$$$?
Ini semua cincau…golongan kayangan takut mati..kabel is real
Sila lah bukak kertas siasatan PDRM.
X caye lh..mn bukti…sy pun blh ckp cam tu jgk..
Tadi pusing2 kedai cari cincau x jumpa. Kat sini rupanya…
kat KL dah habis ke vaccine sampai kena pi Ipoh. Apa motif share kat IG, nk show off kata orang kaya boleh buat apa saja?
Kalau bukan kenapa kena upload.
kalau dapat slot tu, buat ja la diam2..
tu pun nk kena ajar…heran aku..
masalahnya laki bini ada masalah kesihatan ke?? dua2 dpt vaksin kan??
Sewelina…
Hahahahhhhh..
Guling2 aku baca komen ko psl laki dia..
aku tak pecaya! family aku penyakit 4 serangkai above 60 pun tak kene panggil. malahan ramai lg yg berisiko tak panggil2. ni semua drama