fbpx

Eina Azman Jalani Pembedahan Leher, Mohon Doakan Sembuh Sepenuhnya

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Datin Paduka Eina Azman memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan di leher di Hospital Gleneagles.

Menurut Eina, keadaan kesihatannya kurang sihat sihat sejak kebelakangan ini dan sudah empat kali melakukan biopsi. Namun, Eina tidak menyatakan lebih lanjut mengenai penyanyi dialami.

BACA: Bantu Peniaga Kecil, Eina Azman Tawar Review Produk Percuma

“Alhamdullilah selepas enam jam, saya sudah bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej tanya saya kenapa tiada perkongsian apa-apa di Instagram. Pula, masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa.

“Akhir-akhir ini tahap kesihatan saya kurang sihat. Saya sudah pernah buat biopsi sebanyak empat kali di leher dari tahun 2016 sehingga hari ini dan sakit saya masih tidak hilang.

“Hari ini saya berjaya jalani pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsi yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Eina turut memuat naik gambarnya dan dapat dilihat Eina diletakkan kain pada bahagian yang dibedah. Eina turut memohon doa agar sakitnya itu akan hilang selepas pembedahan tersebut.