fbpx

Bantu Peniaga Kecil, Eina Azman Tawar Review Produk Percuma

Susulan Peritan Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dinafikan ramai yang terjejas terutama peniaga kecil kerana tidak dapat keluar rumah dan hanya boleh menjalankan perniagaan di rumah sahaja.

Terkesan dengan nasib peniaga kecil, pelakon Datin Paduka Eina Azman tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan review secara percuma buat peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka.

BACA: Eina Azman Mohon Maaf, Akui Ada Masalah Kesihatan

Perkara itu dimaklumkan oleh Eina menerusi Instagram sebentar tadi. Kata Eina lagi, dia berharap inisiatif yang dilakukannya itu dapat membantu peniaga kecil ketika PKP ini.

Perkongsian Eina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji serta berterima kasih di atas usahanya itu serta mendoakannya dimurahkan rezeki.