fbpx

Eina Azman Hadiahkan Jam RM40,000 Untuk Anak

Bertuah badan anak anak kembar pasangan Eina Azman dan suami apabila menerima dua utas jam tangan mewah berjenama Rolex yang setiap satunya bernilai hampir RM20,000.

Perkara itu didedahkan oleh Eina Azman sendiri melalui kemaskini menerusi Instagram beliau ketika sambutan ulangtahun hari lahir anak kembarnya Karl Kareef dan Arianna Aubrey di Pulau Pinang.

Pendedahan Eina Azman ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata rata bersetuju yang hadiah mewah sebegitu tidak perlu untuk anak yang masih kecil.

Tetapi pasangan itu pasti lebih tahu apa yang mereka lakukan. Mungkin pembelian jam mewah Rolex ini merupakan satu pelaburan untuk anak anak mereka — jam mewah makin hari makin naik harga bukan? (rtky/m)